YANG TINGGAL HANYA KENANGAN / Ainunl Muaiyanah


YANG TINGGAL HANYA KENANGAN / Ainunl Muaiyanah

“Kopi sentiasa ada sisi pahit yang tak dapat disembunyikan.” “Macam itu jugalah kehidupan; kita mencipta sesuatu yang bermakna daripada segala kekurangan.” Setiap petang, momen yang dinantikan Kamellia ialah saat menikmati secawan teh bersama ibunya, bertukar cerita dan impian memiliki sebuah kafe. Namun saat Kamellia berjayamencapai impian tersebut, ibunya pula sudah tiada. Hatinya yang terlalu rindu pada ibu,membuatkan dia tidak lagi boleh menikmati secawan teh seperti dahulu.Macam mana Mel naklalui hidup ini tanpa ibu? Di Kafe Biblioholic, dia mula berkenalan dengan Reza, seorang pencinta teh dan Umair, seorang penggemar espreso. Mereka bertiga dihubungkan oleh satu ikatan; masing-masing pernah merasai kehilangan. Kamellia bahagia berkawan dengan mereka sebelum tiba-tiba, salah seorang meluahkan perasaan. Belum sempat memahami apa yang terjadi, kafe yang menjadi pengubat rindukepada ibunya pula hangus terbakar. Keletihan, Kamellia terduduk. Gelora jiwanya semakin meribut. Mampukah dia meneruskan hidup tanpa kafe tersayang? Atau mungkin, ada yang ingin menyayangi—andai Kamellia jujur dengan diri sendiri?

Parallel Title
Author Ainunl Muaiyanah
ISBN 9786299536208
ISSN
Call Number PL 5139 .A36 2025
Publication Selangor
Year 2025
Physical Desciption 431 pages 19 cm
Subject Malay fiction
Related Name
URL