MANDATORY READING MATERIALS

PERKHIDMATAN
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin - Khamis
8.30 pagi - 5.30 petang
Jumaat
8.30 pagi - 12.15 tengah hari
2.45 petang - 5.30 petang
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti UmumKEAHLIAN
- Perpustakaan boleh digunakan oleh para pensyarah, kakitangan, pelajar diploma dan peserta kursus jangka pendek IKMa. Mereka yang melibatkan diri dalam sebarang usaha untuk mendapatkan maklumat tertentu atau penyelidikan boleh menggunakannya dengan membuat permohonan secara bertulis melalui pertubuhan masing-masing dan permohonan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pustakawan (Pegawai Perpustakaan).
- Hanya individu yang telah berdaftar dengan perpustakaan sahaja boleh meminjam bahan yang terdapat dalam perpustakaan. Mereka perlu mengisi kad keahlian di perpustakaan
PINJAMAN
Pinjaman bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Kategori |
Jumlah Pinjaman |
Tempoh Pinjaman |
Pensyarah |
40 buah |
4 bulan |
Kakitangan |
10 buah |
1 bulan |
Pelajar kursus jangka panjang |
20 buah |
2 minggu |
Ahli koperasi berdaftar |
10 buah |
1 bulan |
PEMBAHARUAN DALAM TALIAN
Pembaharuan dalam talian (renewal online) boleh dibuat di portal EKCMS. Jika ada sebarang masalah, boleh merujuk terus ke perkhidmatan kaunter kami di talian 03-79649 080.
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
- Buku ilmiah dan rujukan
- Bahan terbitan bersiri
- Monograf
- Koleksi Laporan Tahunan Koperasi dan Undang-Undang Kecil
- Kertas Kerja Seminar
- Koleksi Penyelidikan
- Koleksi Jurnal
- Koleksi Majalah
- Koleksi Akta
- Koleksi Kertas Peperiksaan