MANDATORY READING MATERIALS


Wawancara radio Pahang fm bersama YBrs. En. Mohd Zaib bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan IKM.
Antara topik yang telah dikupas dalam segmen “Seleksi Petang” selama 30 minit ini adalah tentang peranan Institut Koperasi Malaysia Dalam Melahirkan Usahawan Profesional Koperasi.
IKM sebagai pusat latihan dan bimbingan koperasi di Malaysia telah sedaya upaya melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan keusahawanan koperasi sebagai salah satu usaha ke arah pembangunan gerakan koperasi di negara ini.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh IKM adalah seperti memberi bimbingan kepada koperasi yang berpotensi melalui program Liga Koop Jutaan Ringgit (MiRiCLE), Keusahawanan koperasi, keusahawanan sosial, peremajaan koperasi dan membudayakan aplikasi IR4.0 dengan membangunkan Techno Lab sebagai salah satu projek perintis pendigitalan bagi memastikan usahawan koperasi dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan teknologi digital.