ANDING AYANGAN III : HIKAYAT 2 : DONGENG BUKAN SEKADAR BAYANGAN. IA PERJUANGAN HAKIKAT YANG SENTIASA DIBAYANGI / Ramlee Awang Murshid


ANDING AYANGAN III : HIKAYAT 2 : DONGENG BUKAN SEKADAR BAYANGAN. IA PERJUANGAN HAKIKAT YANG SENTIASA DIBAYANGI / Ramlee Awang Murshid

DUA dunia semakin bergolak. Kuasa disalah guna kerana tamak. Peperangan kini sukar dielak. Di dunia Anding Ayangan - Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksa keluar dari persembunyian demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah. Di dunia nyata - pembunuhan misteri berlaku menjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit'e itu bersembunyi dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh. Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk'kaa muncul untuk membantu. Bangsa Yuk'kaa pernah berperang dengan bangsa Makrit'e di angkasa raya. Kini, di bumi pula berlaku pertembungan antara tiga bangsa: manusia, Yuk'kaa dan Makrit'e. Setiap peperangan pasti sampai ke noktahnya. Untuk itu, ada yang harus mati! RAMLEE AWANG MURSHID kembali menghidupkan kisah ini dengan aksi-aksi mendebarkan, plot yang berbelok-belok dan penuh kejutan. Setiap babak memacu adrenalin, menuntut pembaca terus menyelak halaman demi halaman hingga ke penamatnya. Bersedialah untuk dibawa ke dunia fantasi yang dipenuhi perjuangan, pengkhianatan dan ketabahan hingga ke titik terakhir.

Parallel Title
Author Ramlee Awang Murshid
ISBN 9789674981907
ISSN
Call Number PL 5139 .R36 2024
Publication elangor
Year 2024
Physical Desciption 414 pages 18 cm
Subject Malay fiction
Related Name
URL
Availability:
IKMa PETALING JAYA ( 1 Copy )